kesempatan kedua

09:41

perahu sudah ditambat pada kayu dijeti,

dan aku cuma mahu bermain digigi air, cuba-cuba menyepak air,cuba hiburkan hati aku sendiri, tersenyum sendiri. mereka tahukah aku disini cuba menutup duka? aku yang cuma manusia rapuh yang sering sukar tidur lena, kerana malamku ditemani tangis hiba, sendirian menahan sedu-sedan, tangis esak yang menyentap tubuhku saban malam, jerit kecil yang hanya aku sendiri bisa dengar.


Tuhan, 

kali ini aku mohon untuk peluang kedua, kerana jiwaku semakin parah semakin lemah,cinta aku terus-terusan diuji, cinta aku pada manusia, sunyi semakin menyentak tangkai jantungku.


Tuhan,

adakah masih ada kesempatan kedua buat aku?

You Might Also Like

0 berbicara

laku keras