memuja dalam gelap.

04:46

malam ini sekali lagi tangis itu terhambur,
malam sering menjadi episod luka buat hari-hari yang aku lewati,
sering aku sukar pejam mata,
dihantui mimpi-mimpi indah semalam,
hanya tentang semalam..

sang kekasih,
adakah kau rasa seperti aku ?
memuja dalam gelap,
inginkah kau kirimkan aku sedikit cahaya?
jadi peneman aku saat gelita.

mesti sahaja jawapanmu cuma aku sahaja yang menjawab,
kau sudah pasti sudah melupa,
tak mengapa aku sudah terbiasa, sayang.
memuja dalam gelap.

You Might Also Like

0 berbicara

laku keras