secara harfiahnya

08:43

macam biasa kadang-kadang aku terfikir juga untuk melarikan diri, tapi aku tak pasti nak spesifikasikan makna 'lari' itu sendiri. mungkin aku mahu lari seperti berlari 100 meter dipadang atau mungkin lari setempat atau mungkin juga berlari seperti dikejar anjing kurap. persoalannya sekarang apakah tujuan sebenar perlarian aku ini?

baiklah aku cuba kecilkan sedikit skop yang ingin aaku utarakan, di sini aku ingin berkongsi masalah yang aku kira semakin bergelut sebati dalam diri ini, tetttt tetttt maaf rahsia tetap menjadi rahsia, hahahaa.

aku terfikir untuk merantau a.k.a merayau ke negeri-negeri orang, ini impian aku, aku terbayang-bayang disetiap malam aku berjalan-jalan di tepi pantai sambil melihat matahari terbenam, sambil duduk menikmati hari-hari yang agak tenang di susuli dengan lagu island in the sun - weezer, syurga dunia bukan. sambil-sambil aku boleh lupakan tentang masalah yang aku rasa tak ada faedah, berpunca dengan salah aku juga tak berfikir bila dah jadi macam ni nak diluah mati mak,ditelan mati bapak. what a nest.

buat masa sekarang ini aku cuba untuk memperbaiki kehidupan aku agar lebih baik dari sebelum ini..

You Might Also Like

0 berbicara

laku keras