kerana aku penat

10:01

kadang-kadang keadaan seringkali menyesakkan dada, seolah-olah berada dalam kotak kosong -- gelap serta suram. ia seolah seperti angin yang terkepung dalam gelas kaca;
tak pasti dengan impian dengan tujuan yang sebenar.. kita seperti sedang terkapai-kapai mencari momentum sendiri..

malah makin lama kita cuba untuk mengusir perasaan ini, makin payah untuk kita lepas kerana rasa tersebut seperti memeluk kejap tubuh ini, seperti cuba untuk sebati dalam diri.

aku cuba untuk teroka sendiri diri, mencari jawapan dalam menyelesaikan kemelut ini, cuba untuk merungkai segala kekusutan yang banyak membelenggu ini. ya !
memang penat mengenangkan sesuatu yang masih belum membuahkan hasil

aku cuma mahu secebis ketenangan dalam melonggarkan ketegangan.

You Might Also Like

0 berbicara

laku keras