picisan

23:49



Kuat kau menyalak
Bergetar genggang telinga
Bersembur saliva kau merata
Ceritamu panjang berjela
Aku pula yang pening mendengar

Apa hujah mu?
Setiap tahun pasti berubah
Apa hasil mu ?
Setiap kali jelas sama
Apa peranan mu ?
Jika hanya menindas sahaja
Semua kau kata semua picisan semata

Reput urat aku mendengar
Bukan aku sahaja
Malah semesta
Kau bergerak semakin mudah
Kau berani kerna kau tak menduga
Akan kehadiran kami
Bakal mengegar segenap dunia

Sediakan lagi picisan mu
Kerna kami sedang mengumpul
Jenayah besar yang kau susun

Tanpa sedar kau bakal jatuh

You Might Also Like

0 berbicara

laku keras